Close

CIMB kini menyokong Apple Pay untuk kad kredit – Cara tambah kad dalam Apple Wallet

CIMB mengumumkan pengguna kad kredit dan kad kredit-i CIMB kini menyokong pembayaran melalui Apple Pay.

Buat yang tidak mengetahui, Apple Pay adalah perkhidmatan dompet digital yang membolehkan pengguna melakukan pembayaran menggunakan peranti Apple seperti iPhone, Apple WatchiPad dan Mac.

Untuk mula menggunakan Apple Pay, pengguna perlu menambah kad dengan buka aplikasi Apple Wallet > tekan butang tambah (+) > pilih Credit Card. Seterusnya, ikut arahan pada skrin untuk tambah kad baru dan tunggu proses selesai.

Selain CIMB, beberapa perbankan lain turut menyokong pembayaran melalui Apple Pay seperti Maybank, Affin Bank, HSBC, Hong Leong Bank dan banyak lagi. Sokongan pembayaran melalui Apple Pay membolehkan pengguna menikmati transaksi yang lebih pantas, selamat dan mudah tanpa perlu mengeluarkan kad fizikal, selari dengan gaya hidup digital masa kini.

ARTIKEL BERKAITAN