OnePlus mengesahkan peranti baru mereka iaitu OnePlus N6x akan diperkenalkan secara rasmi pada 31 Julai 2026, merupakan model kedua dalam siri N selepas pelancaran OnePlus N6 pada bulan lalu.
Arriving earlier than x-pected.
— OnePlus India (@OnePlus_IN) July 23, 2026
Get notified: https://t.co/M8qRbJlsGF pic.twitter.com/63Q14SmSO6
Seiring dengan pelancarannya, OnePlus turut berkongsi rekaan rasmi peranti tersebut. Melalui perkongsian tersebut, peranti ini akan ditawarkan dalam dua pilihan warna iaitu Burgundy Red dan Ice Blue. Hadir dengan rekaan bingkai jenis rata dengan modul kamera belakang yang disusun secara menegak.
Menariknya, terdapat bicu audio 3.5mm yang diletakkan pada bahagian, manakala pada bahagian bawah terdapat port USB-C, pembesar suara, mikrofon dan juga slot kad SIM. Butang kuasa dan juga butang suara diletakkan di sebelah kanan peranti. Buat masa ini, tiada spesifikasi penuh mengenai N6x yang dikongsi OnePlus.