vivo secara rasmi memperkenalkan satu lagi model baru di bawah siri X300 iaitu X300 E, model ini memfokuskan kepada kemampuan kamera yang dilengkapi dengan tetapan kamera dari Zeiss.

vivo X300 E hadir dengan skrin AMOLED bersaiz 6.59-inci yang menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Gen 5 yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB LPDDR5X dan storan dalaman sehingga 512GB UFS 4.1.

Dilengkapi dengan tetapan tri-kamera dengan sensor utama 50MP Sony IMX921 dengan OIS + 50MP Telefoto Periskop + 8MP Ultra Lebar dan swafoto 50MP. Untuk kapasiti bateri, ia dimuatkan dengan bateri 7200mAh terbesar dalam siri X300, menyokong pengecasan pantas 90W.

Untuk spesifikasi lain, vivo X300 E menyokong Wi-Fi 7, Bluetooh 5.4, IR Blaster, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi OriginOS 6 yang berasaskan kepada Android 16. Peranti ini hanya setebal 7.99mm dengan berat hanya sekitar 203 gram sahaja.
Untuk pasaran China, vivo X300 E ditawarkan pada harga bermula sekitar CNY4799 (RM2895) untuk 12GB + 256GB dan CNY5299 (RM3197) untuk 12GB + 512GB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Midnight Black, Moonlight White dan Sunlight Orange shades.