Close

Samsung naikkan harga jualan Galaxy A07 dan Galaxy A17

Samsung Malaysia mengumumkan kenaikkan harga jualan untuk dua model mereka aitu model Galaxy A07 dan juga Galaxy A17.

Samsung menyatakan, kenaikkan harga jualan ini adalah disebabkan oleh peningkatan harga komponen cip memori pada peringkat global. Dengan kenaikkan ini, harga jualan baru untuk Galaxy A07 LTE adalah RM1049 dan untuk Galaxy A07 5G pula adalah RM1149. Sebagai perbandingan, harga jualan sebelum ini adalah RM899 dan RM1029.

Manakala untuk Galaxy A17 LTE, ia kini ditawarkan pada harga RM1149 dan RM1299 untuk Galaxy A07 5G. Sebelum ini, harga jualan untuk model ini adalah RM949 dan RM1149. Tidak dapat dipastikan, adakah kenaikkan ini akan turut terkesan pada model lain atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN