Apple secara rasmi memperkenalkan Apple Upgrade, iaitu program sewaan untuk pengguna di Amerika Syarikat yang membolehkan pengguna mendapatkan iPhone, iPad, Mac dan Apple Watch melalui bayaran bulanan.

Program ini dibangunkan dengan kerjasama Klarna dan menggantikan iPhone Upgrade Program serta iPhone Payments yang ditawarkan sebelum ini. Melalui Apple Upgrade, pengguna boleh menyewa peranti untuk tempoh tertentu sebelum memilih sama ada menaik taraf kepada model baru, membeli peranti tersebut atau memulangkannya kepada Apple apabila tempoh sewaan tamat.

Apple menyatakan program baru ini menawarkan bayaran bulanan yang lebih rendah berbanding iPhone Upgrade Program. Selain itu, tiada caj tambahan akan dikenakan, pengguna hanya perlu membayar baki peranti mengikut harga jualan rasmi sekiranya memilih untuk membeli peranti selepas tamat sewaan.
Program ini menawarkan tempoh sewaan sehingga 24 bulan untuk iPhone dan Apple. Manakala, untuk iPad dan Mac pula tempoh sewaan yang ditawarkan adalah sehingga 36 bulan. Walau bagaimanapun, progam ini tidak tersedia pada semua produk Apple. Peranti seperti Apple Watch SE, iPad, iPhone 16 dan MacBook Neo tidak tersedia untuk Apple Upgrade.
Seiring dengan ketibaan Apple Upgrade, Apple turut mengumumkan penamatan iPhone Upgrade Program. Melalui program ini, ia memudahkan pengguna untuk menaik taraf peranti tanpa perlu membuat pembayaran penuh dan penawaran ini dilihat lebih fleksible.