Close

Nothing mungkin perkenal jam tangan pintar pertama pada September ini

Selepas menawarkan beberapa model jam tangan pintar di bawah jenama CMF by Nothing, kini Nothing dijangka akan memperkenalkan jam tangan pintar pertama mereka pada September ini.

Menurut maklumat, Nothing ketika ini sedang membangunkan jam tangan pintar yang dijangka akan diperkenalkan pada September 2026. Maklumat sama turut mendedahkan, jam tangan pintar ini akan mengekalkan rekaan ikonik yang juga identiti Nothing iaitu elemen lutsinar.

Walau bagaimanapun, peranti tersebut dikatakan hanya tersedia di beberapa pasaran terpilih dengan harga jualan sekitar $300 (RM1270). Dengan harga jualan ini, peranti ini mungkin akan diposisikan sebagai peranti premium.

Menariknya, jam tangan pintar pertama dari Nothing ini dikatakan akan menggunakan sistem operasi Wear OS, berbeza dengan siri CMF Watch yang menggunakan sistem operasi RTOS. Sekiranya laporan ini tepat, Nothing Watch dijangka akan menyokong pelbagai aplikasi Google dan juga ciri pintar yang lebih lengkap.

Buat masa ini, Nothing belum lagi mengesahkan ketibaan peranti ini. Seperti biasa, lebih banyak maklumat akan didedahkan menjelang pelancarannya pada September nanti.

Buat masa ini, Nothing masih belum mengesahkan kewujudan peranti tersebut. Seperti biasa, lebih banyak maklumat dijangka akan tertiris menjelang pelancarannya pada September nanti.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN