Close

Siri REDMI Note 17 akan tiba di Malaysia pada 2 September ini

REDMI sub-jenama kepada Xiaomi telah menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka iaitu siri REDMI Note 17 pada 2 September ini.

Siri REDMI Note 17 bakal menjadi pengganti kepada model semasa dan hadir dengan beberapa peningkatan menarik. Antara peningkatan yang akan dibawakan adalah sokongan kapasiti bateri yang besari iaitu 10,000mAh. Menjadikan ia sebagai model REDMI pertama yang dilengkapi dengan bateri sebesar iaitu.

Selain itu, peranti ini akan turut dipadankan dengan teknologi pengecasan yang pantas iaitu 100W, merupakan gabungan yang cukup baik untuk peranti dengan bateri 10,000mAh. Lebih menarik, siri REDMI Note 17 bakal hadir dengan pilihan model baru iaitu Pro Max tawark pengalaman yang lebih premium utnuk pengguna.

Malanngya, tiada sebarang maklumat mengenai spesifikasi dan juga harga jualan yang dikongsi buat masa ini. Maklumat tersebut dijangka akan diketahui pada hari pelancarannya kelak, jadi sama-sama kita nantikan.

ARTIKEL BERKAITAN