Close

ROG Xbox Ally X 20 akan tiba di Malaysia tidak lama lagi

ASUS mengesahkan konsol mudah alih ROG Xbox Ally X 20, edisi khas sempena ulang tahun ke-20 ROG akan ditawarkan di Malaysia dan pra-tempahan bakal dibuka tidak lama lagi.

ROG Xbox Ally X 20 dihasilkan sempena ulang tahun ke-20 ROG, hadir dengan rekaan lut sinar hitam dengan kemasan berwarna emas. Merupakan model pertama yang dilengkapi dengan skrin bersaiz 7.4-inci Nebula HDR OLED dengan paparan 120Hz dan kecerahan puncak 1400 nits. Untuk prestasi, ia dikuasakan dengan cip AMD Ryzen AI Z2 Extreme yang digabungkan dengan RAM 24GB LPDDR5X dan storan SSD 1TB.

ASUS turut menaik taraf bahagian kawalan dengan TMR joystick, D-Pad yang boleh diputar, butang Xbox berwarna hijau, serta shoulder button dan trigger yang lebih keras. Spesifikasi lain yang turut ditawarkan seperti bateri 80Wh Wi-Fi 6E dan Bluetooth 5.4.

ASUS turut mengesahkan XBOX Ally X20 Bundle akan turut ditawarkan hadir dengan beberapa aksesori edisi terhad. Antaranya ialah casing Killswitch khas daripada dbrand, Pelican Protector Case dan juga lencana ulang tahun ke-20 serta pengecas 68W.

Buat masa ini, tiada maklumat mengenai tarikh pra-tempahan dan harga jualan rasmi yang diumumkan oleh ASUS Malaysia. Kita mungkin boleh menjangkakan lebih maklumat akan dikongsi dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN