Samsung Malaysia secara rasmi memperkenalkan model baru di bawah siri Fan Edition iaitu Galaxy S26 FE. Model ini memfokuskan kepada harga jualan yang lebih mampu milik dalam masa yang sama menawarkan

Samsung Galaxy S26 FE dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.7-inci dengan paparan 120Hz dan menyokong kecerahan puncak sehingga 1900 nits. Peranti ini hanya setebal 7.4mm dengan berat sekitar 193 gram serta turut menyokong penarafan IP68.

Untuk spesifikasi dalaman, peranti ini dijangka akan dikuasakan dengan cip Exynos 2500 yang dipadankan dengan 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB. Dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4900mAh dengan sokongan pengecasan pantas 45W.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 8MP Telefoto + 12MP Ultra Lebar dan swafoto 12MP. Samsung turut menawarkan dua ciri baru untuk rakaman video iaitu Horizontal Lock dan juga My FanCam.
Selain itu, Galaxy S26 FE akan dilengkapi dengan WiFi 6, NFC, Bluetooth 5.4, pengimbas cap jari bawah skrin dan menjalankan sistem operasi Android 17 berasaskan One UI 9. Seperti model andalan yang lain, peranti ini turut menyokong kemas kini sehingga 7 tahun untuk Android dan keselamatan.

Di Malaysia, Galaxy S26 FE ditawarkan dengan harga jualan bermula RM2899 (8GB + 128GB), RM3299 (8GB + 256GB) dan RM4099 (8GB + 512GB). Hadir dengan tiga pilihan warna iaitu Blueberry, Graphite dan Pistachio.