Close

Siri POCO F9 tiba di Malaysia dengan harga bermula RM3299

POCO secara rasmi memperkenalkan siri F baru ke pasaran tempatan dan ditawarkan dengan dua pilihan model iaitu POCO F9 Pro dan POCO F9 Ultra. Kedua-dua model ini menawarkan peningkatan prestasi yang lebih berkuasa dan kemampuan kamera yang lebih baik.

POCO F9 Pro

Peranti ini hadir dengan skrin AMOLED HyperRGB bersaiz 6.59-inci dengan resolusi 2510 x 1156. Turut menyokong paparan 185Hz, kecerahan puncak 4500 nits dalam pelbagai keadaan dan mampu mencapai 10,000 nits untuk kandungan HDR.

Dikuasakan dengan cip baru iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5, V Series dengan cip VisionBoost D8. Dipadankan dengan pilihan RAM 12GB LPDDR5X serta storan sehingga 512GB UFS 4.1. Dimuatkan dengan bateri 6330mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 100W dan 50W tanpa wayar. Ia juga menyokong pengecasan berbalik berwayar 27W dan tanpa wayar 22.5W.

Untuk fotografi, ia menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP 50MP Telefoto 8MP Ultra Lebar dan untuk swafoto ia menggunakan sensor 32MP. Peranti ini turut dilengkapi dengan sistem penyejukan POCO 3D IceLoop.

POCO F9 Ultra

Merupakan model paling premium dalam siri POCO F9, dilengkapi dengan skrin AMOLED HyperRGB bersaiz 6.9-inci yang menyokong paparan 185Hz. Skrin peranti ini menggunakan panel M11 dengan kecerahan puncak 4500 nits dalam pelbagai keadaan dan mampu mencapai sehingga 10,000 nits untuk kandungan HDR.

POCO F9 Ultra menggunakan cip yang lebih berkuasa iaitu Snapdragon 8 Elite Gen 5 yang digabungkan dengan cip VisionBoost D8. Untuk konfigurasi memori, peranti ini menggunakan sehingga 16GB LPDDR5X pada 9600Mbps bersama storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1.

Dimuatkan dengan bateri 8050mAh yang menyokong pengecsaan pantas berwayar 100W dan 50W tanpa wayar. Ia juga menyokong pengecasan berbalik berwayar 27W dan tanpa wayar 22.5W. Dari segi fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakangd dengan sensor utama 200MP + 50MP Telefoto + 50MP Ultra Lebar dan swafoto 32MP.

Untuk spesifikasi lain, kedua-dua peranti ini dilengkapi dengan sokongan Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0, NFC penarafan IP68, serta pembesar suara stereo simetri dengan subwoofer berasingan yang menggunakan teknologi Sound by Bose. Menjalankan Xiaomi HyperOS 3 yang berasaskan kepada Android 16.

Harga jualan siri POCO F9 :

POCO F9 Pro

12GB + 512GB – RM3499

12GB + 256GB – RM3299

POCO F9 Ultra

  • 12GB + 256GB – RM3599
  • 16GB + 512GB – RM3999
  • 16GB + 1TB – RM4799

Seiring dengan ketibaanya, POCO menawarkan pelbagai diskau dan hadiah menarik. Untuk setiap pembelian POCO F9 Ultra ia didatangkan dengan POCO Pad C1 (4GB+64GB) secara percuma. Manakala untuk POCO F9 Pro, setiap pembelian disertakan Xiaomi Smart Band 10 Pro secara percuma.

Selain itu, untuk pembeli terawal kedua-dua peranti akan menerima tambahan termasuk waranti selama dua tahun, penggantian skrin dalam tempoh enam bulan serta akses percuma Google AI Pro dan YouTube Premium masing-masing selama tiga bulan.

ARTIKEL BERKAITAN