John Ternus secara rasmi mengambil alih jawatan CEO Apple, menggantikan Tim Cook yang telah menarjui syarikat tersebut selama 15 tahun.
Peralihan ini berkuat kuasa 1 September di Amerika Syarikat, sekaligus menandakan bermulanya era baru buat Apple. Seiring dengan itu, laman kepimpinan rasmi Apple kini menyenaraikan Ternus sebagai CEO, sementara Tim Cook pula disenaraikan sebagai Pengerusi Eksekutif yang juga sebahagian dari Lembaga Pengarah syarikat. Walaupun tidak lagi memengan jawatan CEO, Cook masih akan terlibat dalam beberapa urusan Apple.

Buat yang tidak mengetahui, John Ternus bukan muka baru dalam Apple. Mula menyertai syarikat itu pada 2001 sebagai sebahagian daripada pasukan Product Design. Kemudianya, menjadi Naib Presiden Hardware Engineering pada 2013 sebelum dinaikkan pangkat sebagai Naib Presiden Kanan Hardware Engineering pada 2021.
Sepanjang hampir 25 tahun bersama Apple, Ternus terlibat dalam pembangunan pelbagai produk utama termasuk iPhone, iPad, Mac dan AirPods. Beliau juga adalah individu yang memainkan peranan penting dalam peralihan komputer Mac daripada cip Intel kepada Apple Silicon.

Lebih menarik, Ternus kini mempunyai akaun rasmi di platform X dengan nama @johnternus, hantaran pertama beliau iaitu “hello” juga berjaya mencuri tumpuan dengan lebih dari 49.5 juta jumlan tontonan. Platform tersebut dijangka akan digunakan untuk berkongsi pengumuman produk dan perkembangan terbaru Apple.

Pelantikan Ternus turut dilihat sebagai petanda bahawa Apple mungkin akan memberi tumpuan lebih besar terhadap pembangunan produk dan perkakasan pada era baharu ini. Pelancaran produk baru Apple pada 9 September 2026 ini akan menjadi penampilan pertama beliau dalam jawatan baru.