Close

CIMB wajibkan pengesahan biometrik atau kod laluan berkuat kuasa 19 September ini

Bermula 19 September 2026, semua transaksi melalui CIMB Clicks Web dan laman web peniaga akan memerlukan pengesahan tambahan SecureTAC.

Perkara tersebut diumumkan oleh CIMB melalui web rasmi mereka. Menurut CIMB, pengguna perlu mengesahkan setiap transaksi melalui aplikasi CIMB OCTO dengan menggunakan kod laluan yang ditetapkan pada peranti atau biometrik iaitu Face ID atau cap jari.

Dengan perubahan ini, penggunaan kata laluan tidak lagi boleh digunakan sebagai kaedah pengesahan untuk SecureTAC. Seiring dengan perubahan ini CIMB menyarankan pengguna untuk memastikan kod laluan dan pengesahan biometrik telah ditetapkna bagi mengelakkan sebarang masalah ketika proses transaksi melalui CIMB Clicks Web atau laman web peniaga.

Perlaksanaan ini adalah untuk meningkatkan lagi tahap keselamatan dan setiap transaksi yang dibuat disahkan sendiri oleh pengguna melalui aplikasi CIMB OCTO.

ARTIKEL BERKAITAN