Close

HUAWEI Mate XT 2 diperkenalkan – Cip Kirin 9050 Pro, bateri 5600mAh dan berat 299 gram

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan fon tri-lipat mereka iaitu Mate XT 2 di China. Tampil dengan dengan beberapa perubahan yang lebih baik dengan spesifikasi yang lebih berkuasa.

HUAWEI Mate XT 2 hadir dengan rekaan lipatan baru iaitu ke dalam bagi melindungi skrin apabila dilipat. Menggunakan skrin luar OLED LPTO bersaiz 6.5-inci dengan paparan 120Hz dan skrin dalam OLED LTPO bersaiz 10.2-inci dengan resolusi 3K serta menyokong paparan 120Hz. Skrin peranti turut hadir dengan teknologi Privacy Display yang hampir sama seperti yang ditawarkan pada Galaxy S26 Ultra.

Dikuasakan dengan cip Kirin 9050 Pro yang menawarkan peningkatan prestasi sehingga 42% berbanding cip yang digunakan pada Mate XTs. Untuk konfigurasi memori, ia hadir dengan RAM sehingg 16GB dan storan dalaman sehingga 2TB.

Untuk fotografi, ia menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP RYYB LOFIC + 50MP RYYB Telefoto dengan zum optik 3.5x + 40MP RYYB. Untuk swafoto, ia menggunakan sensor 8MP yang diletakkan pada skrin luar dan skrin dalam. Selain itu, kedudukan kamera modul peranti kini diletakkan di bahagian tengah.

Dimuatkan dengan bateri 5600mAh menyokong pengecasan pantas berwayar 66W dan tanpa wayar 50W. Peranti ini hanya setebal 3.5mm bila dibuka sepenuhnya dengan berat keseluruhan sekitar 299 gram menjadikan ia sebagai fon tri-lipat paling ringan di pasaran ketika ini.

Untuk spesifikasi lain, peranti ini menjalanakan sistem operasi HarmonyOS 7, Wi-Fi 7, Bluetooth 6.0 LE dan NFC. Selain itu, ia menyokong penarafan IP58/IP59 sekaligus menjadikan peranti ini kalis air dan juga habuk.

HUAWEI Mate XT 2 ditawarkan dalam pilihan warna Black, Purple dan White, harga jualan bermula sekitar CNY19,999 (RM12,050) untuk varian 16GB+256GB, manakala varian tertinggi 16GB+2TB edisi khas dijual pada harga sekitar CNY29,999 (RM18,080).

ARTIKEL BERKAITAN