Close

HONOR X9e Pro akan tiba di Malaysia pada 24 September ini

HONOR X9e Pro bakal menjadi peranti terbaru yang akan ditawarkan di Malaysia selepas HONOR mengesahkan model tersebut akan tiba di Malaysia pada 24 September ini.

HONOR X9e Pro akan dilengkapi dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 11,000mAh. Sebagai perbandingan, model sebelumnya hanya dilengkapi dengan bateri sebesar 8300mAh. Selain itu, peranti ini menyokong pengecasan HONOR Supercharge 80W dan juga pengecasan berbalik berwayar 27W.

Selain itu, peranti ini akan dilengkapi dengan HONOR Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0 yang mampu bertahan daripada jatuhan sehingga tiga meter pada 10 jenis permukaan, turut menerima pensijilan SGS 5-Star Comprehensive Reliability.

Peranti ini turut menyokong penarafan IP68, IP69 dan IP69K dan hadir dengan empat pilihan warna iaitu Royal Purple, Dawn Gold, Reddish Brown dan Midnight Black.

Buat masa ini, tiada maklumat penuh mengenai spesifikasi yang dikongsi oleh HONOR Malaysia. Seperti biasa, maklumat tersebut hanya akan diketahui pada acara pelancarannya kelak.

ARTIKEL BERKAITAN