Close

Siri vivo X500 diumumkan – Cip Dimensity 9600 Pro, bateri 7800mAh dan kamera 200MP

vivo secara rasmi memperkenalkan barisan baru siri X500 di China. Hadir dengan tiga pilihan model iaitu X500, X500 Pro dan juga X500 Pro Max.

Untuk vivo X500 Pro Max, merupakan model paling tinggi dalam siri X500. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.85-inci yang menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 4400 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9600 Pro yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Untuk fotografi, vivo X500 Pro Max dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Seperti model sebelumnya, kemampuan kamera ini turut dibantu dengan teknologi ZEISS. Dimuatkan dengan bateri 7800mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 40W tanpa wayar.

Manakala untuk vivo X500 Pro pula, hadir dengan skrin LTPO bersaiz 6.36-inci dengan paparan 144Hz dan menyokong Dolby Vision. Turut dikuasakan dengan cip Dimensity 9600 Pro yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 1TB.

Turut dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50M Ultra Lebar + 64MP Telefoto dengan 3x zum optik dan swafoto 50MP. Seperti model sebelumnya, kemampuan kamera ini turut dibantu dengan teknologi ZEISSDimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih kecil iaitu 6510mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 90W dan 40W tanpa wayar.

Akhir sekali adalah vivo X500, menggunakan skrin bersaiz 6.59-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9600M yang dipadankan dengan 12GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 64MP Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih kecil iaitu 7500mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 90W.

Untuk spesifikasi lain, ketiga-tiga peranti ini turut dimuatkan dengan pengimbas cap jari ultrasonik, penarafan IP68/IP69, Wi-Fi 7, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi OriginOS 7 yang berasaskan Android 17.

Siri vivo X500 dijangka akan turut tiba ke pasaran tempatan, selepas peranti tersebut dikesan melepasi pengesahan SIRIM Malaysia. Buat masa ini, vivo Malaysia belum lagi berkongsi sebarang maklumat mengenai ketibaannya peranti ini.

ARTIKEL BERKAITAN