Close

Microsoft perkenal pengecas Magnetik USB-C pertama di dunia

Microsoft secara rasmi memperkenalkan Magnetic Connect, iaitu pengecas USB-C yang menggunakan sambungan magnetik terbina pertama di dunia.

Magnetic connect membawakan konsep seperti MagSafe iaitu sistem pengecasan magnetik yang digunakan pada produk Apple. Dengan sambungan magnetik, ia membolehkan kabel pengecas melekat dengan mudah dan juga kemas.

Magnetic connect juga dapat mengelakkan masalah komputer riba terjatuh apabila kabel pengecas tersangkut atau tertarik. Sambungan magnetik ini dikatakan cukup kuat untuk memudahkan ia dipasang untuk pengecasan. Selain itu, magnetic connect ini turut boleh digunakan pada peranti dengan sokongan port USB-C.

Teknologi magnetic connect telahpun digunakan pada Surface Laptop Ultra, dijangka akan menjadi antara inovasi dan juga penanda aras baru dalam teknologi pengecasan pada masa depan.

ARTIKEL BERKAITAN