Close

OnePlus 16 diumumkan – Cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, kamera 200MP dan bateri 9000mAh

Peranti andalan baru iaitu OnePlus 16 akhirnya diumumkan secara rasmi di China. Hadir dengan peningkatan yang lebih menarik berbanding generasi sebelumnya.

OnePlus 16 hadir dengan skrin LTPO OLED bersaiz 6.78-inci dengan resolusi 1272 x 2772 dan menyokong paparan sehingga 185Hz. Dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6 yang digabungkan dengan tiga cip khas untuk permainan.

Dari segi konfigurasi memori, OnePlus 16 hadir dengan RAM sehingga 16GB LPDDR5X Ultra dan storan dalaman sehingga 1TB UFS 4.1. Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP Lebar + 50MP Ultra Lebar + 50MP Periskop Telefoto dan swafoto 50MP.

Dimuatkan dengan bateri 9000mAh yang menyokong pengecasan pantas 100W berwayar dan 50W tanpa wayar. Untuk spesifikasi lain, peranti ini menyokong penarafan IP66/68/69/69K, Bluetooth 6.0, WiFi 7 dan menjalankan sistem operasi ColorOS 17 yang berasaskan Android 17.

Di China, OnePlus 16 dijual pada harga bermula sekitar CNY5999 (RM3663) untuk varian paling rendah iaitu 12GB + 256GB dan mampu mencapai sehingga CNY8499 (RM5190) untuk varian paling tinggi iaitu 16GB + 1TB. Ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu Tomorrow’s Starlight, Martian Masterpiece dan juga Dark Forest. Tidak dipastikan adakah model ini akan turut ditawarkan ke pasaran tempatan atau sebaliknya.

ARTIKEL BERKAITAN