Close

HONOR Win RT2 akan dilengkapi dengan bateri 12,070mAh

HONOR telahpun menjadualkan acara pelancaran peranti baru mereka pada 21 Oktober ini di China. Seiring dengan ketibaan, HONOR telah mendedahkan beberapa maklumat mengenai spesifikasi peranti tersebut.

Pada acara ini, HONOR bakal memperkenalkan HONOR Win2, Win RT2 dan juga Win Turbo 2. Untuk HONOR Win2, ia akan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Extreme Gen 6, bateri 10,100mAh, skrin dengan resolusi 2K dan menyokong paparan 185Hz.

Manakala untuk HONOR Win RT2, ia menggunakan spesifkasi yang sama cuma dibezakan dengan kapasiti bateri yang lebih besar iaitu 12,070mAh dan dikuasakan dengan cip Snapdragon 8 Elite Gen 5. Malangnya, tiada maklumat spesifikasi untuk HONOR Win Turbo 2 yang dikongsi buat masa ini. Walau bagaimanapun, terdapat laporan mendedahkan yang HONOR Win Turbo 2 akan turut dilengkapi dengan bateri 12,070mAh namun dengan cip MediaTek.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN