Close

CapCut umum sokongan ‘plugin’ ChatGPT – Cipta video terus dari platform AI

CapCut bakal menyokong ‘plugin’ baru untuk ChatGPT yang membolehkan pengguna menghasilkan video berdasarkan idea dan arahan teks secara terus melalui platform AI.

Menerusi integrasi ini, pengguna boleh menghasilkan kandungan dengan memberikan idea atau arahan kepada ChatGPT sebelum menggunakan plugin CapCut untuk membantu menghasilkan video.

Draf video yang telah disediakan boleh disunting melalui CapCut untuk membuat pengubahsuaian atau menambah baik hasil akhir. Pendekatan ini menjadikan proses penciptaan kandungan lebih mudah dan lancar, khususnya buat pengguna yang mahu menghasilkan video tanpa perlu bertukar-tukar aplikasi yang terlalu banyak.

Walau bagaimanapun, CapCut masih belum mndedahkan maklumat penuh mengenai fungsi yang akan tersedia melalui plugin tersebut. Selain itu, tiada sebarang tarikh mengenai ketibaan serta tidak dapat dipastikan adakah plugin ini memerlukan bayaran untuk diakses atau sebaliknya.

Sokongan plugin ChatGPT ini diumumkan pada acara CapCut World, iaitu acara global yang mengumpulkan pencipta kandungan untuk meneroka perkembangan teknologi dan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dalam penghasilan video. Selain Los Angeles, acara tersebut akan turut dijadualkan berlangsung di London pada November 2026, diikuti Singapura.

ARTIKEL BERKAITAN