vivo Malaysia secara rasmi memperkenalkan barisan baru peranti andalan mereka iaitu siri X500. Tampil dengan tiga pilihan model iaitu X500, X500 Pro dan X500 Pro Max.

Model paling premium dalam siri ini adalah vivo X500 Pro Max. Dilengkapi dengan skrin bersaiz 6.85-inci dengan resolusi 2K yang menyokong paparan 144Hz dan kecerahan puncak 4400 nits. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9600 Pro yang dipadankan dengan RAM sehingga 12GB dan storan dalaman sehingga 512GB.

vivo X500 Pro Max dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 200MP + 50MP Ultra Lebar + 50MP Telefoto dan swafoto 50MP. Seperti model sebelumnya, kemampuan kamera ini turut dibantu dengan teknologi ZEISS disamping sokongan penstabilan CIPA 7.0. Dimuatkan dengan bateri 7800mAh yang menyokong pengecasan 90W berwayar dan 40W tanpa wayar.

Manakala untuk vivo X500 Pro pula, hadir dengan skrin LTPO bersaiz 6.36-inci dengan paparan 144Hz dan menyokong Dolby Vision. Turut dikuasakan dengan cip Dimensity 9600 Pro yang digabungkan dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.
Turut dilengkapi dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50M Ultra Lebar + 64MP Telefoto dengan 3x zum optik dan swafoto 50MP. Seperti model sebelumnya, kemampuan kamera ini turut dibantu dengan teknologi ZEISS. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih kecil iaitu 6510mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 90W dan 40W tanpa wayar.

Akhir sekali adalah vivo X500, menggunakan skrin bersaiz 6.59-inci dengan resolusi 1.5K dan menyokong paparan 144Hz. Dikuasakan dengan cip Dimensity 9600M yang dipadankan dengan 12GB dan storan dalaman sehingga 1TB.
Menggunakan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 50MP Ultra Lebar + 64MP Telefoto dan swafoto 50MP. Dimuatkan dengan kapasiti bateri yang lebih kecil iaitu 7500mAh yang menyokong pengecasan pantas berwayar 90W.

Untuk spesifikasi lain, ketiga-tiga peranti ini turut dimuatkan dengan pengimbas cap jari ultrasonik, penarafan IP68/IP69, Wi-Fi 7, pembesar suara jenis stereo dan menjalankan sistem operasi OriginOS 7 yang berasaskan Android 17.
Di Malaysia, siri vivo X500 ditawarkan pada harga bermula RM4699 untuk X500, RM5999 untuk X500 Pro dan RM6399 untuk X500 Pro Max.

Bagi yang berminat, peranti ini boleh dipra-tempah sehingga 2 November dengan setiap pra-tempahan akan menerima pelbagai tawaran menarik termasuk rebat sehingga RM1000 untuk model terpilih dan hadiah percuma bernilai RM598. Lebih menarik, setiap pembelian berpeluang untuk memenangi tiket ke persembahan Jay Chou “Carnival II” World Tour 2027 yang bakal berlangsung di Malaysia.