Close

MacBook Pro 14-inci dengan cip M6 tiba di Malaysia – Harga bermula RM8299

Apple mengemas kini penawaran komputer riba mereka di Malaysia dengan memperkenalkan MacBook Pro 14-inci dengan cip M6.

Menurut Apple, MacBook Pro 14-inci baru ini mampu menjalankan kerja profesional dan aplikasi AI moden tanpa sebarang masalah. Berikutan itu, ia menyasarkan kepada pengguna yang mahukan peranti mudah alih yang berprestasi tinggi untuk tugasan harian serta kerja kreatif yang lebih kompleks.

MacBook Pro 14-inci baru ini menggunakankan skrin Liquid Retina XDR dengan kecerahan puncak HDR sehingga 1600 nits. Skrin peranti ini turut ditawarkan dalam pilihan nano-texture untuk mengurangkan pantulan cahaya. Tersedia dengan pilihan RAM sehingga 32GB jenis Unified Memory dan storan dalaman sehingga 4TB.

Untuk spesifikasi lain, ia menyokong WiFi 7, Bluetooth 6, 3x Thunderbolt 5, slot kad SDXC, MagSafe 3, dan kamera 12MP Center Stage. Selain itu, komputer riba ini turut menyokong pengecasan pantas, boleh mengecas sehingga 50% dalam masa 30 minit.

Apple MacBook Pro 14-inci dengan cip M6 ditawarkan pada harga bermula RM8299 dan boleh mencapai sehingga RM17,604. Tersedia dalam dua pilihan warna iaitu Space Black dan Silver. Bagi yang berminat, pra-tempahan dibuka bermula 29 Oktober 2026 dengan jualan pertama bermula 6 November.

ARTIKEL BERKAITAN