HUAWEI secara rasmi memperkenalakan Pura 90 Plus di China, merupakan model terbaru dalam siri Pura 90 di posisikan antara Pura 90 dan Pura 90 Pro.

HUAWEI Pura 90 Plus dilengkapi dengan skrin LTOP OLED bersaiz 6.8-inci dengan resolusi 2848 x 1276. Skrin peranti ini turut menyokong paparan adaptif 120Hz dan dilindungi dengan kaca Kunlun Glass generasi kedua. Dikuasakan dengan cip Kirin 9025 yang menjanjikan peningikatan prestasi sehingga 20% berbanding Kirin 9020.

Menggunakan konfigurasi memori 12GB untuk RAM dan storan dalaman sehingga 1TB. Dimuatkan dengan bateri 5700mAh yang menyokong pengecasan 100W berwayar dan 80W tanpa wayar. Peningkatan paling ketara pada Pura 90 Plus adalah pada bahagian kamera, menggunakan sensor utama 50MP bersaiz 1-inci dengan apertur boleh laras antara f/1.4 hingga f/4.0.
Turut dipadankan dengan kamera teleofoto 48MP dengan 4x zum optik dan 40MP ultra lebar. Untunk swafoto, ia menggunakan sensor 13MP dengan sokongan autofokus. Untuk spefikasi lain, peranti ini menyokong penarafan IP68/IP69, sokongan sambungan satelit dan menjalankan HarmonyOS 7.

Di China, harga jualan untuk Pura 90 Plus bermula sekitar CNY5499 (RM 3354) untuk varian asas dan mampu mencapai sehingga CNY6999 (RM4252) untuk varian paling tinggi.