Close

HUAWEI dijangka perkenal sub-jenama baru iaitu Osta

HUAWEI dilapor bakal memprkenalkan sub-jenama baru tidak lama lagi yang mungkin akan dikenali sebagai Osta.

Menurut maklumat, dua model akan diperkenalkan di bawah sub-jenama tersebut iaitu Osta O1 dan Osta O1 Pro. Menariknya, kedua-dua model ini dijangka hadir dengan spesifikasi kelas andalan dan menggunakan cip Kirin siri 8.

Dari segi rekaan, Osta O1 Pro dikatakan hadir dengan rekaan yang sama seperti HUAWEI Pura X View. Menggunakan skrin jenis lebar dengan bezel yang nipis. Manakala, Osta O1 pula menggunakan rekaan skrin jenis melengkung dengan modul kamera berbentuk bulat.

Buat masa ini, tiada sebarang maklumat yang dikongsi oleh HUAWEI mengenai Osta. Selain itu, tiada juga maklumat mengenai ketibaan dan pasaran mana yang akan menerima peranti ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN