Apple mendakwa lebih dari 100,000 aplikasi telah dioptimumkan khusus untuk iPhone Duo sejak peranti tersebut mula ditawarkan pada dua minggu lalu.

Susan Prescott iaitu Naib Presiden Worldwide Developer Relations Apple, menyatakan ribuan aplikasi baru yang dioptimumkan untuk iPhone Duo telah ditambah ke App Store setiap hari. Antara aplikasi popular yang telah dioptimumkan untuk iPhone Duo termasuk Microsoft Excel, OneNote, PowerPoint, Word, Etsy, Goodnotes, Zoom, Amazon Prime Video, Instagram, Netflix, WhatsApp dan YouTube.

Selain itu, aplikasi yang telah dioptimumkan turut menerima lencana khas ‘Made for iPhone Duo’ pada App Store. Sekali gus, memudahkan pengguna mengenal pasti aplikasi yang menawarkan pengalaman terbaik pada peranti tersebut.
Walau bagaimanapun, aplikasi versi lama masih boleh digunakan namun ia tidak menawarkan pengalaman skrin penuh seperti mana aplikasi yang telah dioptimumkan. Apple menjangkakan jumlah aplikasi yang dioptimumkan untuk iPhone Duo akan terus meningkat dalam masa terdekat.