Close

Tesla bakal hentikan pengeluaran Cybertruck pada 2027

Tesla dilaporkan bakal menghentikan pengeluaran trak elektrik Cybertruck sekitar pertengahan 2027, perkara tersebut diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk melalui platform X.

Melalui hantaran tersebut, Elon Musk menyatakan pengeluaran Cybertruck akan dihentikan bagi memberi tumpuan kepada peningkatan pengeluaran kendereaan robotaxi Cybercab. Walau bagaimanapun, Elon Musk menyatakan pengeluaran Cybertruck masih akan diteruskan dalam tempoh lapan hingga sembilan bulan, bermaksud pengeluarannya dijangka akan dihentikan sekitar Julai hingga Ogos 2027.

Walaupun pengeluaran Cybertruck bakal dihentikan, sokongan alat ganti dan juga servis tetap akan terus tersedia untuk pemilik sedia ada.

Laporan lain mendakwa, keputusan menghentikan pengeluaran Cybertruck disebabkan oleh prestasi jualannya yang kurang memberangsangkan. Menurut Electrek, Tesla tidak mendedahkan angka jualan Cybtertruck secara berasingan, sebaliknya digabungkan dengan jualan dalam kategori ‘Other Models’ yang merangkumi Model S, Model X dan trak elektrik Semi.

ARTIKEL BERKAITAN