Close

HUAWEI bakal perkenal sub-jenama Osta pada 20 November ini

HUAWEI secara rasmi mengumumkan tarikh pelancaran sub-jenama baru mereka iaitu Osta pada 20 November 2026.

Seiring dengan penggumuman tersebut, Pengarah Eksekutif HUAWEI iaitu Richard Yu turut memberikan petunjuk model pertama yang akan diperkenalkan bawah jenama berkenaan adalah Osta S1 Pro. Menariknya, nama peranti itu dikesan menerusi hantaran di Weibo beliau yang dibuat melalui peranti tersebut.

Menurut laporan sebelum ini, Osta S1 Pro bakal menggunakan skrin LTPS berukuran 6.39-inci dengan resolusi 1.5K dan nisbah skrin 16:9.5. Terdapat juga butang kuasa dan butang suara yang diletakkan pada bahagian kira peranti. Untuk kongfigurasi memori, peranti ini dijangka hadir dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB.

Selain Osta S1 Pro, satu lagi model iaitu Osta O1 dijangka akan turut diperkenalkan pada acara sama. Namun, maklumat mengenai peranti tersebut masih belum diketahui buat masa ini.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN