Close

HUAWEI Osta 1 Pro diumumkan – Skrin lebar, bateri 7000mAh dan kamera 200MP

HUAWEI Osta 1 Pro akhirnya diumumkan secara rasmi di China. Buat yang tidak mengetahui, Osta merupakan sub-jenama kepada HUAWEI dan S1 Pro menjadi peranti pertama diperkenalan di bawah jenama tersebut.

HUAWEI Osta 1 Pro hadir dengan skrin OLED bersaiz 6.39-inci yang menggunakan nisbah aspek 16:9.5, menjadikannya peranti ini lebih lebar berbanding telefon pintar biasa. Rekaan skrin yang lebih lebar memberikan pengalaman penggunaan yang lebih baik dan menyeluruh.

Dikuasakan dengan cip Kirin 9030S yang dipadankan dengan RAM sehingga 16GB dan storan dalaman sehingga 1TB. Untuk fotografi, ia dilengkapi dengan kamera utama 200MP + 50MP Telefoto dengan zum optik 3.7x dan swafoto 50MP.

Dimuatkan dengan bateri 7000mAh yang menyokong pengecasan pantas 66W dan pengecasan tanpa 50W. Untuk spesifikasi lain, ia menyokong penarafan IP68/IP69, pengimbas cap jari pada butang kuasa dan menjalankan sistem operasi HarmonyOS 7 AI Pioneer Edition.

Selain, itu peranti ini turut dilengkapi dengan pembantu AI yang mampu memahami tabiat penggunaan dan memberi cadangan yang sesuai mengikut keperluan pengguna. Di China, HUAWEI Osta S1 Pro dijual pada harga bermula CNY5,499 (RM3387).

ARTIKEL BERKAITAN