Close

WhatsApp kini menyokong ahli kumpulan sehingga 1500

WhatsApp meningkatkan had ahli dalam kumpulan sehingga 1500, sekali gus membolehkan lebih ramai pengguna menyertai kumpulan yang sama.

Sebelum ini, WhatsApp menetapkan had ahli kumpulan hanya terhad kepada 1024 sahaja. Menariknya, peningkatan had ini turut terpakai pada kumpulan di bawah WhatsApp Communities. Walau bagaimanapun, ciri ini tersedia secara berperingkat untuk pengguna Android dan iOS, dijangka tiba kepada semua pengguna dalam masa terdekat.

Selain peningkatan had ahli kumpulan, WhatsApp turut memperkenal beberapa lagi ciri baru untuk kumpulan, termasuk fungsi tag @all untuk memanggil semua ahli, menetapkan tarikh tamat bagi poll serta mencipta kumpulan baru daripada kumpulan sedia ada.

Bukan itu sahaja, WhatsApp turut memperkenalkan Group Status, pin mesej dalam kumpulan tanpa had masa, filter khas untuk melihat mesej yang mengandungi sebutan dan balasan serta membolehkan ahli baru melihat perbualan terdahulu selepas menyertai kumpulan.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN