Close

WhatsApp perkenal ciri ‘Scheduled Messages’ – Tetapkan tarikh dan masa penghantaran mesej

WhatsApp akhirnya memperkenalkan fungsi mesej berjadual atau Scheduled Messages yang membolehkan pengguna menetapkan masa dan tarikh untuk mesej dihantar secara automatik.

Melalui ciri ini, pengguna boleh menulis mesej terlebih dahulu kemudian menetapkan masa bila ia akan dihantar, tanpa perlu menunggu atau menghantar mesej secara manual pada waktu tersebut. Ciri ini turut boleh digunakan pada perbualan individu dan kumpulan yang merangkumi teks, gambar, video dan pautan.

Pengguna boleh menetapkan mesej untuk dihantar sekurang-kurangnya 10 minit dari waktu semasa atau sehingga 14 hari lebih awal. Menariknya, mesej yang telah dijadualkan akan dihantar secara automatik walaupun fon pengguna dimatikan atau tidak mempunyai sambungan rangkaian pada waktu penghantaran.

Untuk mengunakan ciri ini, anda hanya perlu tulis mesej seperti biasa kemudian menekan seketika pada butang hantar. Seterusnya, pilihan masa penghantaran akan diperlihatkan, pilih dan tetapkan masa. Ciri ini telahpun diitawarkan secara berperingkat kepada pengguna Android dan iOS, dijangka tersedia pada semua dalam masa terdekat.

ARTIKEL BERKAITAN