Close

HUAWEI Mate 90 Air diumumkan – Rekaan nipis dengan bateri 6500mAh

HUAWEI secara rasmi memperkenalkan satu lagi model baru di bawah siri Mate 90 iaitu Mate 90 Air. Seperti namanya, peranti ini memfokuskan kepada rekaan yang nipis tanpa mengurangkan kapasiti bateri.

HUAWEI Mate 90 Air merupakan model paling nipis dalam siri Mate buat setakat ini, ketebalan peranti ini hanya 6.58mm dengan berat sekitar 208 gram. Walaupun hadir dengan rekaan yang nipis, peranti ini dilengkapi dengan bateri sebesar 6500mAh. Dikuasakan dengan cip Kirin 9020 yang menyokong rangkaian 5G.

Peranti ini menggunakan skrin bersaiz 7-inci dengan nisbah skrin-ke-badan 94.1% serta menyokong kecerahan puncak sehingga 4000 nits. Dari segi konfigurasi memori, ia hadir dengan 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB. Untuk fotografi, ia hadir dengan tetapan tri-kamera belakang dengan sensor utama 50MP + 12MP Telefoto + 8MP dan swafoto 10.7MP. Sistem kamera ini menggunakan teknologi XMAGE Red Maple True Color dari HUAWEI.

Untuk spesifikasi lain, Mate 90 Air ini menyokong penarafan IP68, NFC, Bluetooth 6.0 dan menjalankan HarmonyOS 7.0. Sistem operasi ini turut dilengkapi dengan pembantu maya Xiaoyi yang berkuasa AI yang menyokong pelbagai fungsi seperti mencatat nota, meringkaskan panggilan dan membantu mengurus tugasan harian.

Di China, HUAWEI Mate 90 Air dijual pada harga bermula sekitar CNY4999 (RM3090) untuk storan 256GB dan boleh mencapai sehingga CNY5999 (RM3707) untuk storan 512GB.

ARTIKEL BERKAITAN