Close

Kerajaan bagi tol percuma sempena Deepavali – Bermula 11 hingga 12 November 2023

Kerajaan mengumumkan tol percuma selama 2 hari bermula esok (11-12 November) bersempena dengan sambutan Deepavali.

Perlaksaan ini dibuat bagi meraikan semua rakyat Malaysia terutama masyarakat India beragama Hindu yang menyambut perayaan Deepavali sekaligus dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk pulang ke kampung.

Pemberian tol percuma ini akan bermula jam 12.01 tengah malam ini sehingga Ahad jam 11.59 malam. Pemberian tol percuma ini akan diberikan kepada semua jenis kelas kenderaan di semua plaza tol kecuali di dua lokasi iaitu tol Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan plaza tol Tanjung Kupang di Johor.

Bagi yang ingin pulang bercuti, anda disarankan untuk merancang perjalanan sebaiknya. Pihak PLUS juga telah mengeluarkan cadangan waktu perjalanan sempena cuti perayaan hari Deepavali bagi memudahkan pengguna lebuh raya merancang perjalanan.

ARTIKEL BERKAITAN