Close

Gunung Rinjani Masih Selamat Untuk Didaki, Tapi….


Semasa pendakian saya di Gunung Rinjani, Lombok pada 25 November yang lalu, saya telah merasakan sendiri pengalaman mendaki yang menarik. Kerana pemandangan yang sangat luas, suasana yang sejuk seakan di eropah dan kawasan pergunungan yang cantik.

Jalan yang dijejaki hampir 60% adalah berdebu. Jadi, jika anda ingin mendaki di sini, saya sarankan anda memakai penutup mulut, spek mata dan kasut yang bersesuaian.

Ya, sepanjang pendakian saya dihidangkan dengan pemandangan yang sangat cantik walaupun beberapa minggu lalu khabarnya sekitar Gunung Rinjani ini mengalami kebakaran yang membuatkan kehijauan hampir hilang. Hanya ada kesan kebakaran dan pokok yang sedang ingin tumbuh semula.
Gunung Rinjani masih boleh didaki. Namun malangnya, jika anda mengidamkan untuk sampai ke puncak ketika ini, ia adalah harapan yang sia-sia. Kerana puncak Gunung Rinjani masih lagi di tutup oleh pihak yang bertanggungjawab kerana kesan gempa bumi yang dikhuatiri berisiko buat pendaki.
Pendakian saya hanya sampai di tempat kem induk Pelawangan sahaja. Akan tetapi, bagi saya pemandangan yang dihidangkan di Pelawangan sangat memuaskan. Anda dapat melihat tasik, pergunungan, bukit bukau, bandar, matahari terbit mahupun matahari tenggelam. Ya, ia sangat mengagumkan menyaksikan keindahan sekitar Gunung Rinjani melalui Pelawangan.


Buat pengetahuan anda, menurut Pak Anuar, iaitu penunjuk arah sepanjang pendakian saya, beliau berkata bahawa puncak Gunung Rinjani mungkin akan dibuka semula sekitar bulan April 2020 atau mungkin lebih awal. Bergantung pada keadaan cuaca semasa di Lombok pada tahun 2020 nanti. Dan ia sememangnya adalah berita baik buat anda yang mengidamkan untuk mendaki Gunung Rinjani.

ARTIKEL BERKAITAN