Menerusi laporan terkini mengenai wabak koronavirus yang berlaku, terdapat 3 warga China yang telah dikesan positif 2019-nCoV (coronavirus) di Malaysia yang memasuki melalui Johor Bahru yang kini sedang dirawat di Hospital Sungai Buloh dan berada dalam keadaan stabil.
3 individu tersebut adalah keluarga terdekat dengan mangsa kes pertama di Singapura tempoh hari yang telah menaiki pesawat dari Guangzhou ke Singapura pada 20 Januari yang lalu.
Kes kematian akibat 2019-nCoV terus meningkat sehingga 41 kematian dan 1,287 kes jangkitan yang dicatatkan di China. Harap semua berhati-hati terhadap wabak ini.
Cara untuk kesan anda dijangkiti :
- Batuk yang sukar disembuh
- Demam yang terjadi secara cepat dan tiba-tiba
- Suhu melebihi 38°C
- Sesak nafas
- Kerap bersin
Cara untuk mencegah :
- Kerap mencuci dan membersihkan tangan
- Pakat topeng mulut jika batuk dan bersin
- Elak bersentuhan dengan individu yang dijangkiti
- Elakkan makanan mentah dan tidak masak
- Cuci buah-buahan dan sayuran sebelum makan
- Elakkan sentuh haiwan liar atau ternakan tanpa perlindungan