Close

Batsuit filem The Batman 2021 diperlihatkan – Robert Pattinson sebagai watak utama

Umum sedia maklum bahawa Robert Pattinson (yang terkenal dalam filem Twilight) akan menjadi watak Bruce Wayne (Batman) untuk filem The Batman terbaharu yang bakal ditayangkan pada tahun 2021 nanti menggantikan Ben Affleck.

Dari video acah yang telah diperlihatkan, watak Batman kali ini ternyata berbeza dari filem yang dilakonkan oleh Ben Affleck. Menerusi video, dapat dilihat Batsuit yang digunakan oleh Robert Pattinson seakan Batsuit yang digunakan pada permainan Arkham Knight.




Setakat ini rupa penuh Batsuit yang digunakan oleh Robert Pattinson dalam filem The Batman masih belum diperlihatkan. Peminat Batman pasti tak sabar menantikan filem yang dilakonkan oleh beliau. Harap filem ini memberi kelainan dari filem Batman sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN