Close

Proton akan menghasilkan pelindung muka untuk disumbangkan pada petugas barisan hadapan

Sebelum ini kita sudah dengar tentang Lamborghini, pengeluar kereta di Itali yang menghasilkan pelindung muka dan topeng muka untuk disumbangkan pada Hospital.

Kini pengeluar kereta tempatan, Proton akan menghasilkan pelindung muka untuk disumbangkan pada petugas barisan hadapan. Proses menghasilkan pelindung muka ini akan dilakukan di ibu pejabat Proton di Shah Alam bermula 13 April ini dengan pengeluaran sebanyak 60,000 unit selama 20 hari.

Sebelum ini juga Proton pernah meminjamkan sebanyak 50 unit kereta Proton X70 pada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia sememangnya satu langkah yang boleh dipuji dari Proton untuk membantu dalam menangani wabak COVID-19 di Malaysia.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN