Close

Astro bekerjasama dengan Netflix – Boleh layan rancangan Netflix di Ultrabox!

Baru-baru ini Astro telah bekerjasama dengan Disney untuk laman penstriman Disney+ hotstar, dan kini Astro mengumumkan kerjasama mereka dengan Netflix untuk memperluaskan jenama mereka.
Dengan kerjasama ini, pelanggan Astro dapat mengakses konten dari Netflix di Astro Ultrabox yang akan ditawarkan dalam masa beberapa bulan mendatang.
Bermaksud, konten di Ultrabox tidak terhad pada rancangan Astro sahaja, tapi terdapat juga pelbagai konten, filem dan drama bersiri dari Netflix untuk anda tonton melalui Astro Ultrabox.
Menariknya lagi, hasil kerjasama ini membolehkan pelanggan buat pembayaran Astro dan Netflix dalam satu bil yang sama sahaja, tidak perlu bayar secara berasingan.
Untuk mendaftar, boleh pergi ke pautan ini.

ARTIKEL BERKAITAN