Aplikasi permesejan yang paling popular di dunia iaitu WhatsApp bakal membawakan fungsi yang telah lama d nantikan oleh penggunanya iaitu Multi-Device.
Dengan adanya fungsi Multi-Device support, ia membolehkan aplikasi WhatsApp digunakan lebih dari satu peranti secara serentak. Pengguna boleh menggunakan akaun WhatsApp yang sama , dan boleh menggunakannya pada empat peranti bukan telefon.
Walaupun begitu, pengguna masih tidak lagi dapat menggunakan akaun WhatsApp yang sama lebih dari satu telefon, tetapi pengguna boleh menggunakan akaun WhatsApp yang sama pada Web, Desktop, dan Portal secara serentak.
Pada ketika ini, WhatsApp hanya boleh diakses secara serentak melalui telefon dan PC. Tetapi memerlukan telefon sentiasa terhubung dengan internet. Jika pengguna mematikan data atau kehabisan bateri pengguna akan kehilangan akses WhatsApp di PC.
Dengan kehadiran fungsi multi-device support, pengguna kini boleh menyambungkan WhatsApp lebih dari satu peranti secara bebas.
Namun buat masa ini, fungsi ini hanya tersedia pada pengguna WhatsApp beta 2.21.15.2 sahaja. Fungsi ini akan mula diberikan secara berperingkat kepada semua pengguna WhatsApp apabila ia berada di fasa akhir kelak.