Close

Siri Xiaomi 11T akan menjadi peranti global pertama tanpa penjenamaan “Mi”

Peranti pertama tanpa penjenamaan “Mi” secara global mungkin adalah Xiaomi 11T. Selepas Xiaomi sendiri mengesahkan bahawa tiada lagi pengguna penjenamaan “Mi” sebaliknya akan menggunakan “Xiaomi” seperti mana di China.

Walapun tanpa penjenamaan “Mi”, namun konsepnya adalah masih sama. Sebelum ini, Xiaomi telah pun melakukan perubahan pada logo dan seterusnya pada penjenamaan yang merupakan sesuatu kebiasaan dilakukan oleh mana-mana syarikat. Dan peranti pertama tanpa penjenamaan “Mi” adalah Xiaomi Mix 4 dan itu hanya untuk pasaran China buat masa ini.

Dari maklumat terkini, pengganti kepada siri Mi 10T mungkin adalah Xiaomi 11T. Yang sekaligus akan menjadi peranti global pertama tanpa penjenamaan “Mi”. Siri Xiaomi Mi 11T akan dilancarkan sebagai Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro.

Pada siri Xiaomi 11T, terdapat laporan mengatakan varian Pro akan menampilkan pengecasan panta 120W, bateri 5000mAh dan panel AMOLED 120Hz. Sementara varian asas dijangka akan menggunakan cip dari MediaTek. Menjalan MIUI 12.5, sokongan 5G dan NFC.


MySmartPrice turut mengesahkan pilihan warna yang hadir pada Xiaomi 11T dan Xiaomi 11T Pro iaitu Meteorite Gray, Moonlight White dan Celestial Blue. Dari segi konfigurasi ia membawakan 8GB RAM dan storan dalaman  256GB.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN