Close

Semua siri produk “Mi” akan disebut “Xiaomi” bermula pada suku ketiga 2021

Di pasaran luar negara, Xiaomi menjual siri produk mereka dengan menggunakan nama “Mi”. Kini, selepas sepuluh tahun Xiaomi bersedia untuk melakukan perubahan besar dengan tidak lagi menggunakan penjenamaan “Mi” pada siri produk mereka.

Pertama kali maklumat ini tersebar adalah melalui XDA-Developers, yang mengatakan Xiaomi tidak lagi menggunakan penjenamaan “Mi” dan perkara tersebut disahkan oleh jurucakap dari Xiaomi.

Bermula dari suku ketiga 2021, semua produk dari Xiaomi tidak lagi menggunakan penjenamaan “Mi”. Dan penjenamaan baru ini akan bermula dari peranti MIX 4 dan juga tablet Pad 5. Malahan di China sendiri, mereka menggunakan “Xiaomi” bukannya “Mi”.

Selain dari siri produk, kedai fizikal sebelum ini yang menggunakan nama Mi Store juga akan ditukar kepada Xiaomi Store.

Xiaomi kini telah pun mendominasi pasaran eropah, pada Jun lalu Xiaomi memduduki tempat kedua sebagai pengeluar terbesar di dunia yang memintas kedudukan Apple dan berada dibelakang Samsung.


Perubahan ini akan menyatukan jenama global dan menutup jurang persepsi antara jenama dan produk Xiaomi. Perubahan ini juga memerlukan sedikit masa untuk dilakukan di semua negara.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN