Close

Nothing dijangka akan melancarkan telefon pintar pertama pada awal tahun 2022

Buat masa ini, satu-satunya produk yang dijual oleh Nothing adalah fon telinga ear (1) yang juga merupakan  produk pertama dari Nothing.

Melalui laporan terkini, Nothing dijangka akan melancarkan telefon pintar pertama meraka pada awal tahun 2022. Perkara ini tidaklah mengejutkan memandangkan Nothing telah pun membeli Essential, yang mana pernah menghasilkan telefon pintar sebelum ini.

Perkara ini disahkan selepas Nothing mengumumkan kerjasama dengan Qualcomm. Namun buat masa ini, tiada sebarang spesifikasi yang didedahkan mengenai telefon pertama dari Nothing melainkan ia dirancang akan dilancarkan pada awal tahun 2022.

Dalam laporan yang sama turut mengatakan yang Nothing dijangka akan memperkenalkan Power Bank dengan nama Nothing Power (1), yang dijangka akan dilancarkan dalam beberapa minggu akan datang atau sebelum akhir tahun ini.

Ia sesuatu yang menarik untuk melihat Nothing menyertai arena telefon pintar. Dengan gabungan Essential kita mungkin bakal melihat Nothing akan tampil dengan reka bentuk yang unik seperti mana Essential Phone.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN