Close

Apple akan mengurangkan pengeluaran iPhone 13 kerana masalah kekurangan cip


Krisis kekurangan cip nampaknya memberikan kesan yang cukup besar, yang mana Apple juga dikatakan terkesan kerana nasalah bekalan cip yang tidak mencukupi.

Menurut laporan terbaru dari Bloomberg, Apple dijangka akan menurunkan sasaran produksi untuk iPhone 13 sebanyak 10 Juta unit untuk tahun 2021 berikutan masalah tersebut.

Walaupun pada awalnya, Apple akan menghasilkan sekitar 90 Juta unit untuk kesemua model siri iPhone 13, namun dengan masalah kekurangan cip Apple akan mengurangkan kepada 80 Juta unit.

Dua pembekal utama Apple iaitu Broadcom dan Texas Instruments (TI) dilihat tidak dapat menghasilkan komponen yang mencukupi dalam masa yang ditetapkan oleh Apple. Selain itu, Apple juga menghadapi masalah kekurangan komponen dari pembekal lain.

Sebelum ini, pembuat cip utama telah pun memberi amaran bahawa dengan permintaan yang terus meningkat daripada penawarannya.Tidak akan menyelesaikan masalah kekurangan cip dan ia dilihat tidak dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN