Close

Sony mungkin akan melancarkan PlayStation 6 pada 2027

Berikutan dari pengambil-alihan Activision oleh Microsoft, Sony telah berkongsi beberapa dokumen bagi menggariskan bantahan mereka kepada perkara tersebut.

 Namun, apa yang menarik adalah dokumen tersebut turut mendedahkan maklumat mengenai perancangan Sony untuk PlayStation 6.

Berdasarkan dari dokumen tersebut, Sony merancang untuk memperkenalkan PlayStation 6 seawal tahun 2027. Tetapi, dengan pengambil-alihan Activision oleh Microsoft mungkin akan memberikan kesan terhadap penjualan berikutan tiada lagi permainan Call Of Duty pada PlayStation 6.

Dengan pendedahan itu, ia bermakna Sony bakal menawarkan konsol generasi seterusnya selepas 7 tahun PlayStation 5 dilancarkan iaitu pada tahun 2020.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN