Close

Fungsi ProMotion akan tiba pada iPhone model standard pada 2025

Apple akan mula menyertakan fungsi ProMotion pada iPhone model standard bermula pada tahun 2025. Laporan tersebut di dedahkan oleh pakar tiris yang juga CEO Display Supply Chain Consultan iaitu Ross Young.

Apple to go all LTPO in 2025, even base models to get 120Hz refresh, finally. https://t.co/n0ivg08pde pic.twitter.com/dwjGiHwn8u

— Ross Young (@DSCCRoss) April 3, 2023

 

Dalam perkongsian Ross Young melalui Twitter beliau, memperlihatkan garisan masa mengenai teknologi LTPO yang digunakan oleh Apple. Melalui garisan masa tersebut, memperlihatkan yang teknologi LTPO akan tiba pada iPhone model standard pada tahun 2025. Ia sekaligus memberikan gambaran fungsi ProMotion akan tiba pada semua model iPhone.
Buat yang tidak mengetahui, Teknologi LTPO atau ProMotion membolehkan paparan diturunkan sehingga 1Hz pada iPhone 14 Pro dan 10Hz pada iPhone 13 Pro. Fungsi ini juga memberikan pengalaman menatal yang lebih lancar sehingga 120Hz dan memaparkan kandungan video yang lebih baik. Fungsi ini mula diperkenalkan pada iPhone 13 Pro dan hanya tersedia pada model Pro sahaja pada ketika ini.
Pada tahun 2025, iPhone yang akan dilancarkan berkemungkinan adalah iPhone 17. Selain akan hadir dengan fungsi ProMotion, ia juga dijangka akan turut menawarkan fungsi Always-On Display. Perubahan ini dilihat seiring dengan kehadiran Dynamic Island pada semua model iPhone 15.

ARTIKEL BERKAITAN