Close

Android 14 Beta 1 kini tersedia untuk pengguna Google Pixel

Selepas melepaskan kemas kini Android 14 pertama melalui Developer Preview 1 (Android 14 DP1) pada dua bulan lalu. Google hari ini, sedia untuk memberikan kemas kini seterusnya melalui Android 14 Beta 1 untuk pengguna Google Pixel.


Android 14 membawakan sejumlah peningkatan dari segi prestasi, privasi, keselamatan dan juga kemampuan penyesuaian antaramuka. Android 14 turut akan mengekalkan ciri yang ada pada Android 12L dan Android 13 dalam menyokong peranti dengan skrin yang lebih besar dan skrin boleh lipat.


Selain itu, kemas kini Android 14 Beta 1 adalah lebih stabil untuk digunakan sehari-hari berbanding Android 14 Developer Preview 1. Dalam masa yang sama, kemas kini ini turut menawarkan beberapa ciri baharu seperti antaramuka yang lebih baik, sokongan aplikasi yang lebih lancar, sokongan bahasa berbeza dan lain-lain.



Seperti kebiasaan, kemas kini Android 14 Beta 1 ini hanya tersedia untuk pengguna Google Pixel sahaja. Antara model yang menyokong adalah Google Pixel 7 Pro, Pixel 7, Pixel 6a, Pixel 6 Pro, Pixel 6, Pixel 5a 5G, Pixel 5 dan Pixel 4a (5G). Versi stabil Android 14 dijangka akan dilancarkan pada Ogos atau September 2023.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN