Perodua hari ini melancarkan model baharu yang juga merupakan model paling murah di pasaran ketika ini iaitu Perodua Axia E. Model ini tampil dengan penawaran asas bersama dengan tranmisi manual 5 kelajuan.
Perodua Axia E ini dijana dengan enjin 1.0 liter 1KR-VE yang mampu menjana kuasa pada 67 hp dan 91 Nm. Tampil dengan rekaan yang sama seperti Axia 2019 bersama dengan ciri dua beg udara, sistem amaran tali pinggang keledar untuk pemandu dan rim keluli bersaiz 14 inci.
Penawaran model baharu ini lebih memfokuskan kepada golongan yang berpendapat rendah dan juga pemilik motorsikal yang ingin memiliki kereta.
Perodua Axia E ini dijual pada harga RM22,000 ditawarkan dalam tiga piliha warna Glittering Silver, Ivory White dan warna baharu Granite Grey. Perodua menyasarkan penjualan 1500 unit setiap bulan untuk Axia E. Bagi yang berminat, boleh layari laman web rasmi untuk maklumat lanjut.