Close

Yoodo bakal tamatkan 5G percuma pada 4 Julai ini – Perlu langgan pas khas RM5 untuk akses 5G

Akses rangkaian 5G secara percuma yang diberikan kepada pengguna Yodoo bakal ditamatkan bermula 4 Julai ini. Perkara tersebut diumumkan melalui laman web rasmi Yodoo.

Berikutan dari itu, Yoodo sedia memperkenalkan pas langganan khas untuk pengguna terus menikmati akses rangkaian 5G. Pas langganan tersebut akan mula ditawarkan pada 5 Julai ini dengan harga langganan RM10 sebulan. Namun, bersempena dengan pengenalan pas baharu itu akan ditawarkan pada harga RM5 sebulan untuk sementara waktu.

Pas langganan ini hanya tersedia untuk pelan High Speed dengan data minimum 10GB dan ianya tidak dijual secara berasingan. Selain itu, pas langganan turut tersedia untuk kad sim fizikal dan eSim, tidak memerlukan pengguna menukar kepada sim kad fizikal baharu. 

Sebelum melanggan, pengguna perlu memastikan peranti menyokong rangkaian 5G dalam masa yang sama berada di kawasan yang mempunyai liputan 5G.

(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN