Close

Samsung Galaxy Watch dengan ciri pengesanan denyutan jantung tidak teratur akan tiba pada tahun ini

Samsung pada ketika ini sedia menawarkan pelbagai ciri kesihatan pada model Galaxy Watch mereka. Terbaru, Samsung mengumumkan yang mereka akan menyertakan ciri baharu iaitu notifikasi pengesanan denyutan jantung tidak teratur pada generasi Galaxy Watch akan datang serta pada beberapa model sedia ada.

Ciri ini membolehkan pengguna untuk memantau kesihatan jantung dan mengenal pasti pengguna mungkin mempunyai masalah isu fibrilasi atrium (AFib) pada jantung. Ciri ini dijangka akan mula tersedia pada Galaxy Watch6 terlebih dahulu sebelum diberikan pada model Galaxy Watch lain yang menjalankan One UI Watch 5 berasaskan Wear OS 4.


Untuk permulaan, ciri ini hanya akan tersedia pada 13 negara sahaja iaitu Amerika Syarikat, Argentina, Azerbaijan, Costa Rica, Republic Dominica, Ecuador, Georgia, Guatemala, Hong Kong, Indonesia, Panama, UAE, dan Korea. 


Ciri dijangka akan turut tersedia untuk pengguna di Malaysia berikutan dua fungsi ECG dan pemantauan tekanan darah telahpun boleh digunakan untuk pengguna di Malaysia.


(Sumber)

ARTIKEL BERKAITAN