WhatsApp kini sedia menawarkan fungsi multi akaun yang membolehkan akaun yang sama disambungkan kepada lebih dari satu peranti secara serentak. Terbaru terdapat laporan menyatakan WhatsApp bakal menyokong fungsi multi akaun pada satu peranti sama.
Fungsi tersebut dikatakan telahpun diuji melalui WhatsApp Business Beta dengan nombor binaan 2.23.13.5 dan dinamakan sebagai Multi-account Mode. Berdasarkan dari tangkap layar yang dikongsi memperlihatkan pengguna boleh memilih akaun dan menambah akaun, yang mana fungsi ini boleh diakses pada bahagaian tetapan.
Menarik mengenai fungsi ini adalah pengguna tidak perlu melakukan log keluar untuk bertukar akaun dan akaun yang ditambah akan tersedia sehingga pengguna melakukan log keluar. Fungsi ini dilihat mirip seperti fungsi multi akaun pada Instagram.
Fungsi ini dilihat akan memudahkan pengguna untuk menguruskan perbualan kerja dan perbadi dengan lebih baik. Namun begitu, tidak dipastikan berapa jumlah akaun maksimum yang boleh ditambah melalui fungsi ini.
Fungsi ini masih lagi di fasa pembangunana, tidak dapat dipastikan bilakah fungsi ini akan tersedia untuk pengguna.