Spesifikasi terperinci untuk TWS premium dari Sony iaitu WF-1000XM5 telahpun tertiris, sekaligus memberikan bayangan yang peranti ini mungkin akan dilancarkan dalam masa terdekat.
Berdasarkan dari laporan. TWS premium dari Sony ini akan hadir dengan rekaan yang lebih ringan dengan berat sekitar 5.9 gram dan akan mengunakan Dynamic Driver X bersaiz 8.4mm baharu yang menjanjikan kualiti audio yang lebih baik.
TWS ini akan turut hadir dengan dua cip khusus dengan keupayaan mikrofon secara terbina yang menawarkan keupayaan pembatalan hingar aktif (ANC) yang lebih optimum pada masa nyata bergantung kepada keadaan sekitar.
Selain itu, TWS ini akan turut hadir dengan tiga mikrofon terbina yang mampu mengesan bunyi dengan lebih baik. Untuk sokongan audio, ia menyokong Hi Res Audio dan DSEE Extreme untuk pengalaman audio yang lebih baik. Teknologi Precise Voice Pickup turut ditawarkan untuk panggilan suara yang lebih baik biarpun dalam persekitaran bising.
Spesifikasi lain yang dijangka akan turut ditawarkan adalah seperti Bluetooh 5.3, penarafan IPX4 dan keupayaan sambungan dua peranti secara serentak. Kapasiti bateri 500mAh dimuat yang mampu bertahan sehingga 24 jam.