Close

Intel umumkan nama baharu “Intel Core Ultra” – Tiada lagi nama “i” bermula tahun depan

Intel mengumumkan yang mereka akan menggunakan penjenamaan baharu untuk barisan cip mereka bermula tahun depan. Ia bermaksud, Intel tidak lagi akan menggunakan penjenamaan “i” pada barisan cip mereka, bermula dengan cip pemprosesan baharu Meteor Lake.

Dengan penjenamaan baharu ini, Intel akan menggunakan Intel 3, 5, 7 dan 9 tidak seperti sebelum ini menggunakan nama Intel i3, i5, i7 dan i9. Selain itu, Intel turut akan menggunakan penjenamaan baharu iaitu “Core Ultra” untuk cip berprestasi tinggi, menjadikan nama baharu cip tersebut adalah Intel Core Ultra 5, 7 dan 9.

Intel juga tidak lagi akan menggunakan perkataan generasi seperti 12th Generations untuk pengeluaran mereka yang seterusnya. Namun, pengguna masih boleh merujuk kepada nama penuh produk untuk mengetahui generasi keberapa seperti 12900K yang bermaksud generasi ke-12.

ARTIKEL BERKAITAN